Bayern Munich sambar khidmat Sommer

Sommer (kiri) perkuatkan cabaran Bayern musim ini.
Sommer (kiri) perkuatkan cabaran Bayern musim ini.
A
A
A

BAYERN Munich menandatangani penjaga gol Switzerland, Yann Sommer dari Borussia Moenchengladbach untuk menggantikan Manuel Neuer yang cedera, kata juara Jerman itu.

Pemain Switzerland berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak hingga 2025, menamatkan pencarian berminggu-minggu oleh Bayern untuk mencari penjaga gol berikutan kecederaan Neuer.

Bayern membayar Gladbach yuran perpindahan sekitar lapan juta Euro, kata media Jerman.

"Yann Sommer adalah tonggak yang berharga kerana dia sangat berpengalaman di peringkat antarabangsa dan mengenali atmosfera Bundesliga.

"Dia akan membawa segala-galanya supaya dapat menyumbang segera kepada kejayaan kami. Kami yakin dapat mencapai matlamat kami bersama Yann Sommer," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn.

Neuer patah kaki semasa percutian ski pada Disember tahun lalu telah menjalani pembedahan, menyebabkan dia tidak dapat bermain sepanjang musim ini.

Sommer yang membantu Switzerland melepasi peringkat kumpulan dalam Piala Dunia bulan lalu, berada di Gladbach sejak 2014 dan telah bermain dalam Liga Juara-Juara bersama Basel dan Gladbach.

“Saya menantikan tugas saya di Bayern, sebuah kelab besar yang mempunyai banyak pengaruh

Artikel Berkaitan:

"Saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Bayern. Kami mempunyai cabaran besar di hadapan kami," kata Sommer dalam satu kenyataan kelab.

Bayern, yang mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata, berdepan Paris St Germain dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara bulan depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!