Ronaldo, Messi berentap di Riyadh

Ronaldo dan Messi sekali lagi berentap di Riyadh.
Ronaldo dan Messi sekali lagi berentap di Riyadh.
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi berentap selepas kedua-dua pesaing lama itu dinamakan dalam kesebelasan utama bagi Pasukan Pilihan Riyadh serta Paris St Germain (PSG) masing-masing pada perlawanan pertunjukan di Stadium King Fahd.

Ronaldo yang bersama Al Nassr mengetuai Pasukan Pilihan Riyadh - gabungan Saudi Pro League XI yang menampilkan pemain dari Al Nassr dan Al Hilal di Riyadh.

Kesebelasan utama gergasi Ligue 1 Perancis, PSG pula menampilkan bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pemain Brazil, Neymar serta bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid sebelum ini, Sergio Ramos serta Keylor Navas.

Pada perlawanan itu, Hugo Ekitike muncul wira PSG yang beraksi 10 pemain selepas minit ke-39, apabila jaringannya membolehkan kelab Paris berkenaan menang 5-4 ke atas Pasukan Pilihan Riyadh.

Aksi Ronaldo dan Messi membawa para penyokong kedua-dua pemain tersebut kembali ke zaman kegemilangan saingan mereka, apabila kedua-dua penyerang itu turut menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Pada perlawanan itu, Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-34 dan 46, manakala Messi pula meletakkan pasukan mendahului dengan gol minit ketiga.

Walaupun Ronaldo tidak dapat memulakan babak terbarunya di Arab Saudi dengan kemenangan, namun pemain berusia 37 tahun itu bersedia untuk membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Al Nassr apabila menjadi tuan rumah kepada Al Ettifaq pada minggu ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!