Manchester City kembali ke landasan kemenangan

Haaland
Haaland
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City kembali ke landasan kemenangan dalam gaya mendebarkan selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Tottenham Hotspur, 4-2.

Tiga mata diraih skuad kendalian Pep Guardiola di Stadium Etihad itu menyaksikan The Citizens kini berada lima mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Tampil bagi mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan, City yang bermula lesu dari awal permainan terlebih dahulu ketinggalan dua gol di penghujung babak pertama hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal.

Namun babak kedua, tiga gol dalam 12 minit separuh masa kedua, pantas menghidupkan perlawanan buat tuan rumah.

Jaringan Julian Alvarez, Erling Haaland, gol pertama pemain Norway itu dalam empat penampilan dalam semua pertandingan, dan Riyad Mahrez meletakkan City di depan.

Ketika pelawat kendalian Antonio Conte mengejar gol penyamaan di penghujung babak, Mahrez menambah gol keempat untuk memastikan City berada dalam saingan kejuaraan, lima mata di belakang Arsenal yang telah bermain satu perlawanan lebih banyak daripada Gunners.

Sementara itu, Spurs pula kekal di tempat kelima, lima mata di belakang kelompok empat teratas liga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!