MBMB siasat jual daging babi secara terbuka

Gambar memaparkan seorang peniaga di salah sebuah pasar malam di bandaraya ini menjual makanan berasaskan daging babi secara terbuka sehingga mengundang rasa kurang senang masyarakat. Gambar kecil: Mansor
Gambar memaparkan seorang peniaga di salah sebuah pasar malam di bandaraya ini menjual makanan berasaskan daging babi secara terbuka sehingga mengundang rasa kurang senang masyarakat. Gambar kecil: Mansor
A
A
A

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak pernah mengeluarkan lesen penjualan makanan berasaskan daging babi secara terbuka termasuk di pasar-pasar malam sekitar bandaraya ini.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, pihaknya akan melakukan sisatan dan pemantauan berhubung aduan yang diterima terhadap wujudnya penjualan makanan berasaskan daging babi di salah sebuah pasar malam di bandaraya ini.

"Kita akan menyiasat aduan tersebut sama ada benar atau tidak berlakunya penjualan makanan berasaskan daging babi secara terbuka kerana MBMB tidak pernah mengeluarkan lesen bagi tujuan itu.

"Sekiranya benar berlaku tindakan tegas akan diambil bukan sahaja kepada penjual malah penganjur pasar malam terlibat mengikut Undang-Undang Kecil MBMB yang diperuntukkan," katanya.

Mansor diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik seorang pengguna Facebook memaparkan gambar seorang peniaga sedang menjalankan aktiviti perniagaan di sebuah pasar malam yang didakwa menjual makanan berasaskan babi di khalayak ramai.

Status yang dipercayai dimuat naik pada Selasa lalu, turut menuntut tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, kebanyakan netizen yang memberi komen berasa kesal dengan kejadian itu dan menganggap tindakan tersebut sebagai tidak menghormati masyarakat beragama Islam.

"Penjualan daging babi tidak sepatutnya berlaku secara terbuka, peniaga dan penganjur patut patuhi undang-undang yang ditetapkan agar kejadian tidak sensitif ini tidak berulang," menurut salah satu komen tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!