Pasangan suami isteri ditahan miliki ketum, ubat batuk

Sebahagian daun ketum yang dirampas dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli pada Selasa.
Sebahagian daun ketum yang dirampas dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri ditahan dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli kerana dipercayai memiliki 260 kilogram daun ketum dan 10 liter ubat batuk dianggarkan bernilai RM9,300.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pasangan berusia 45 dan 47 tahun itu ditahan pada jam 10.50 pagi Selasa ketika dalam perjalanan ke Grik.

"Pasangan itu dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melalui kawasan sekatan jalan raya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, pemeriksaan dalam kenderaan Proton Exora yang dinaiki pasangan suami isteri itu menemui 26 bungkusan di bahagian tempat duduk belakang dipercayai daun ketum.

"Selain itu, polis turut menemui 100 botol ubat batuk," katanya.

Dalam kes berasingan, seorang penganggur ditahan di tepi Jalan Kampung Telaga Bata, Tumpat di sini kerana disyaki memiliki 4,000 pil kuda dianggarkan bernilai RM41,500.

Mohamad Zaki memberitahu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM23,500 selain menyita kereta Perodua Myvi berharga kira-kira RM18,000.

Menurut beliau, ketika sekatan lelaki itu memegang plastik dipercayai mengandungi pil kuda.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!