Penyerang Burkina Faso senjata terbaharu Bournemouth

Dango Ouattara
Dango Ouattara
A
A
A

BOURNEMOUTH menandatangani penyerang Burkina Faso, Dango Ouattara dari kelab FC Lorient dengan kontrak lima setengah tahun.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, pemain sayap berusia 20 tahun tersebut membuat 18 penampilan liga, menjaringkan enam gol dan memberikan enam bantuan bersama pasukan Ligue 1 Perancis berkenaan musim ini.

"Kami berbesar hati untuk mendapatkan khidmat Dango, pemain yang menjanjikan potensi besar kepada kelab dalam memberikan saingan lebih kompetitif.

"Kami telah memantaunya untuk suatu tempoh masa dan dia sesuai dengan profil pemain muda, bercita-cita tinggi, bersemangat dan bekerja keras, elemen yang diperlukan oleh kelab ini," kata Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake.

Bournemouth yang kini berada di tempat ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris menjadi tuan rumah Nottingham Forest pada Sabtu.

Untuk rekod, The Cherries kendalian Gary O'Neil telah mengharungi 19 perlawanan - empat kemenangan, empat seri, 11 kekalahan - dengan kemenangan terakhir ketika menewaskan Everton 4-1 pada November lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!