Agong santuni 50 asnaf di Langkawi
Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Majlis pengurniaan di pekarangan Masjid Al Hana itu turut dihadiri Pegawai Daerah Langkawi Datuk Abdul Gafar Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisipner Shariman Ashari.
Terdahulu, Seri Paduka berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan dan meluangkan masa bertanya khabar serta beramah mesra dengan jemaah.
"Seri Paduka sangat berbesar hati dengan kemesraan rakyat dan menzahirkan rasa sukacita dapat berangkat ke Pulau Langkawi,” menurut hantaran itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!