Renjer Australia temui katak tebu gergasi

Katak tebu diperkenalkan di Queensland pada 1935 untuk mengawal ancaman kumbang tebu. - Foto AFP
Katak tebu diperkenalkan di Queensland pada 1935 untuk mengawal ancaman kumbang tebu. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Renjer Australia telah menemui katak tebu gergasi seberat 2.7 kilogram yang hampir menyamai saiz bayi manusia di Taman Negara Conway di Queensland.

Amfibia itu dijumpai selepas seekor ular dilihat melintasi trek di kawasan hutan tersebut pada minggu lalu.

"Katak tebu sebesar itu mampu menelan apa sahaja termasuk reptilia dan mamalia kecil," kata renjer, Kylee Gray sambil menambah mereka terpaksa membunuh haiwan tersebut yang jantinanya dipercayai adalah betina.

Menurutnya, usia amfibia sangat beracun itu tidak diketahui, namun jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 15 tahun dan spesies betina mampu menghasilkan sehingga 30,000 telur pada satu musim.

Haiwan itu mula diperkenalkan di Queensland pada 1935 untuk mengawal ancaman kumbang tebu dan kini ia menyebabkan kepupusan beberapa spesies pemangsa mereka. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!