Polis New York tahan lelaki bawa petrol ke Gereja St Patrick

Gereja St Patrick di Manhattan, New York.
Gereja St Patrick di Manhattan, New York.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditahan malam kelmarin selepas memasuki Gereja St Patrick di Manhattan sambil membawa dua tin petrol serta beberapa bahan mudah terbakar, kata polis.

Tangkapan ke atas suspek berusia 37 tahun itu dibuat beberapa hari selepas gereja besar Notre-Dame di Paris, Perancis terbakar.

Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Polis New York (NYPD), John Miller berkata, suspek mengaku masuk ke gereja berkenaan sebagai jalan pintas selepas keretanya kehabisan minyak.

Tambah Miller, semasa disoal siasat, lelaki berkenaan memberikan jawapan tidak konsisten dan cuba mengelak.

"Kami tidak tahu apa motif lelaki berkenaan. Apabila kami memeriksa keretanya, ia tidak kehabisan minyak.

"Dia telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Gereja St Patrick mula dibina pada pertengahan 1880-an dan siap sepenuhnya pada tahun 1878.

Kerja baik pulih besar-besaran gereja berkenaan siap pada 2015. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!