Chelsea belanja RM185 juta dapatkan Madueke

Madueke
Madueke
A
A
A

CHELSEA telah menandatangani Noni Madueke dari kelab Belanda PSV Eindhoven yang merupakan pemain keenam dibeli kelab itu pada jendela perpindahan Januari.

The Blues telah membelanjakan £35 juta (RM185 juta) untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu yang merupakan produk akademi Crystal Palace dan Tottenham Hotspur sebelum berpindah ke Belanda.

Madueke telah menandatangani perjanjian tujuh setengah tahun di Stamford Bridge dengan The Blues mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan lagi.

"Saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak dengan salah sebuah kelab terbaik di dunia iaitu Chelsea.

"Untuk kembali ke England dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris adalah impian untuk saya dan keluarga.

"Saya teruja dengan apa yang ada akan berlaku pada masa depan. Visi pemilik dan berada di kelab seperti ini untuk menang di peringkat tertinggi," katanya.

Chelsea amat 'sibuk' pada Jendela perpindahan Januari apabila mendapatkan Benoit Badiashile, Andrey Santos, David Datro Fofana dan Mykhaylo Mudryk, manakala Joao Felix menyertai The Blues secara pinjaman dari Atletico Madrid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!