28 disahkan terbunuh runtuhan salji di Tibet

Anggota pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan salji di Nyingchi, Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China. - Foto Xinhua
Anggota pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan salji di Nyingchi, Wilayah Autonomi Tibet, barat daya China. - Foto Xinhua
A
A
A

MOSCOW - Operasi mencari dan menyelamat di lokasi runtuhan salji di Wilayah Autonomi Tibet di barat China telah pun ditamatkan dan 28 orang disahkan terbunuh, lapor Sputnik, memetik laporan China Central Television (CCTV), pada Jumaat.

Media melaporkan bahawa seramai 1,300 penyelamat dan 236 jentera dan kenderaan khas terlibat dalam operasi menyelamat di daerah Nyingchi itu.

Biro Keselamatan Awam daerah Medog menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

Runtuhan sajli telah menghalang pintu masuk ke terowong di lebuh raya yang menghubungkan daerah Medog dan Mainling menyebabkan orang ramai dan kereta terperangkap di dalam terowong itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!