9 premis warga asing di Bukit Bintang ditutup

Sebuah premis ditutup dalam tindakan khas terhadap premis yang dikendalikan warga asing sekitar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada Jumaat.
Sebuah premis ditutup dalam tindakan khas terhadap premis yang dikendalikan warga asing sekitar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sembilan premis warga asing pada pemeriksaan di sekitar pusat beli-belah di Bukit Bintang, pada Jumaat.

DBKL menerusi kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya melakukan risikan di lokasi berkenaan sejak seminggu lalu.

"Serbuan serentak kemudiannya dijalankan ke atas 10 premis perniagaan barangan am membabitkan pakaian, tekstil, beg, aksesori telefon, restoran yang dikendalikan oleh warga Bangladesh.

"DBKL menutup serta-merta sembilan premis menerusi Sek. 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pemeriksaan menerusi tindakan khas terhadap premis yang dikendalikan warga asing sekitar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada Jumaat.
Pemeriksaan menerusi tindakan khas terhadap premis yang dikendalikan warga asing sekitar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada Jumaat.

"DBKL turut mengeluarkan 10 notis kompaun terhadap premis-premis terbabit menerusi Undang-Undang Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016," katanya.

"DBKL turut mengeluarkan 10 notis kompaun terhadap premis-premis berkenaan menerusi Undang-Undang Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Menurut kenyataan itu, enam notis Tiada Lesen Perniagaan, tiga notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran dan satu notis kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Langgar Syarat Lesen turut dikeluarkan.

"DBKL akan meneruskan pemantauan di semua lokasi tumpuan membabitkan aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!