Kanak-kanak 4 tahun maut ditembak Zionis

Ahmed Abu Abed maut akibat kecederaan parah selepas terkena serpihan besi tembakan tentera Israe. - Foto AP
Ahmed Abu Abed maut akibat kecederaan parah selepas terkena serpihan besi tembakan tentera Israe. - Foto AP
A
A
A
GAZA - PALESTIN . Ratusan penduduk Gaza menghadiri pengebumian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut terkena serpihan besi tembakan tentera Israel di pagar sempadan, minggu lalu.

Jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, dalam pertempuran 7 Disember lalu, Ahmed Abu Abed cedera terkena serpihan logam tembakan Israel lalu dibawa anggota perubatan ke hospital lapangan tidak jauh dari sempadan.

“Ada satu serpihan peluru dalam mata mangsa di bahagian bawah otak, ia kecederaan serius yang menjadi punca kematian,” kata pengarah jabatan kecemasan hospital Khan Younis, Mohammad Abu Hilal. - Reuters
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!