[VIDEO] 'Kalau Pas sedekah, kalau kita rasuah' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (kanan) bersama Anwar (dua dari kiri) ketika hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad. - Foto Bernama
Ahmad Zahid (kanan) bersama Anwar (dua dari kiri) ketika hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A


KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya hanyalah ibarat sedekah kepada pengundi.

Ahmad Zahid berkata, sebagai ulama, mereka perlu mempunyai integriti dan tidak boleh tukar fatwa sesuka hati.

“Kalau dia (Pas) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah. Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa.

"Ulama kena ada integriti sebagai ulama, jika tidak ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam," katanya kepada pemberita selepas sambutan Rumah Terbuka MCA pada Ahad.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan berikutan ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!