Seorang lemas, seorang masih hilang di Pantai Batu Layar

Seorang remaja lelaki ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Ahad.
Seorang remaja lelaki ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Ahad.
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja lelaki ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar, di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba, Khairul Sufian Dahari berkata, Mohamad Imran Mohd Nazir, 17, dilaporkan meninggal dunia, manakala Hani Suefyan Hanizam, 16, masih belum ditemui.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Sebana Cove dibantu lapan anggota BBP Penawar dan enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Skudai ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.26 petang.

"Seorang mangsa ditemukan pengunjung pantai dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Operasi pencarian diteruskan menggunakan kaedah pencarian di permukaan (surface searching) dalam jarak 500 meter dari lokasi seorang lagi mangsa dipercayai lemas," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.
Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

Beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian lemas itu dan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi dijalankan di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!