Kunlavut, Se Young rangkul kejuaraan Terbuka India

Kunlavut (kiri) dan An Se Young (kanan) mencipta sensasi menjuarai Terbuka India 2023.
Kunlavut (kiri) dan An Se Young (kanan) mencipta sensasi menjuarai Terbuka India 2023.
A
A
A
KUNLAVUT Vitidsarn dari Thailand and An Se Young dari Korea Selatan, masing-masing mengejut pemain pilihan untuk muncul juara perseorangan lelaki dan wanita Kejohanan Badminton Terbuka India di sini pada Ahad.

Kunlavut, yang sebelum ini tewas dalam semua enam aksi menentang Viktor Axelsen dari Denmark pada Ahad mengharungi satu jam empat minit sebelum berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia itu 22-20, 10-21, 21-12.

Se Young pula mengatasi pemain Jepun Akane Yamaguchi 15-21, 21-16, 21-12 selepas satu jam berentap, sekali gus membalas dendam kekalahannya pada Terbuka Malaysia minggu lepas.

Dalam aksi beregu lelaki, pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang mengalahkan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 14-21, 21-19, 21-18.

Sementara itu, Jepun membawa pulang gelaran juara beregu wanita menerusi Nami Matsuyama-Chiharu Shida dan beregu campuran menerusi gandingan Yuta Watanabe-Arisa Higashino tanpa mengangkat raket, apabila lawan masing-masing menarik diri kerana masalah kesihatan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!