SAR remaja hilang di Pantai Batu Layar disambung esok
KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Ahad dihentikan buat sementara dan akan disambung semula mulai jam 8 pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, operasi SAR itu dihentikan pada jam 7.30 malam berikutan cuaca gelap serta dijangka ombak bergelora akibat angin kencang pada sebelah malam dan pagi.
"Operasi turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Bandar Penawar, Punggai dan Sebana Cove, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya.
Pada Ahad, seorang remaja lelaki 17 tahun lemas manakala seorang rakannya berusia 16 tahun masih hilang selepas mandi-manda di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!