Pengunjung Zoo Melaka patah kaki dihempap pokok

Pasukan perubatan tiba untuk memberikan bantuan kepada tiga beranak itu.
Pasukan perubatan tiba untuk memberikan bantuan kepada tiga beranak itu.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki patah kaki manakala isteri dan anak lelakinya berusia enam tahun cedera ringan selepas dihempap pokok tumbang ketika berkunjung ke Zoo Melaka, di sini petang Ahad.

Ketika kejadian lebih kurang jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 43 tahun dari Kajang, Selangor bersama isterinya berusia 40 tahun dan anak lelaki mereka berada di kawasan pameran kandang harimau.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tiga beranak terbabit sebelum itu menaiki kenderaan disediakan pihak zoo pada jam 2.05 petang.

"Sebaik tiba di kawasan itu, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap hempap tiga beranak itu menyebabkan mangsa lelaki patah kaki kanan manakala isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan.

"Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Kawasan Pameran Harimau yang berlaku kejadian pokok tumbang di Zoo Melaka pada petang Ahad.
Kawasan Pameran Harimau yang berlaku kejadian pokok tumbang di Zoo Melaka pada petang Ahad.

Sementara itu, Yang Dipertua Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya telah mengambil tanggungjawab sewajarnya terhadap tiga beranak itu.

Menurutnya, MPHTj prihatin dengan nasib yang menimpa tiga beranak itu kos perubatan juga ditanggung pihaknya selain membantu menguruskan mereka pulang ke rumah di Kajang.

Katanya, kerja-kerja pembersihan juga dilakukan segera selepas kejadian itu dan pemantauan masih dilakukan.

"Mungkin disebabkan faktor hujan berpanjangan sejak jam 2 pagi menyebabkan kejadian itu berlaku dan kita terus memantau bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!