Bekas ADUN Meru meninggal dunia

Perkongsian di Facebook Pas Selangor mengenai berita kematian Allahyarham Dr Rani.
Perkongsian di Facebook Pas Selangor mengenai berita kematian Allahyarham Dr Rani.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Perkara itu dikongsikan menerusi kemas kini di Facebook Pas Selangor sebentar tadi.

Difahamkam, Allahyarham yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 5 pagi Isnin di Hospital Banting.

Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Nushi Mahfodz menerusi kenyataan di Facebook Pas Selangor, mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.

"Pemergian beliau amat dirasai oleh kita semua kerana jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat di negeri Selangor sepanjang perkhidmatannya.

"Semoga keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi kehilangan ini dan didoakan rohnya bersama para pejuang dan solihin di akhirat kelak," menurut kenyataan itu.

Allahyarham menjadi ADUN Meru dari 2008 hingga 2018 sementara Pesuruhjaya Pas disandang beliau pada 2011 hingga 2013.

Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru.

Beliau meninggalkan isteri, Afidah Anum dan lima anak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!