Nahas Kluang: Suasana pilu selubungi pengebumian dua beradik
BERITA SEMASA 23 JANUARI 2023
Jenazah dua beradik yang maut dalam kemalangan di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang pada Ahad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Layang-Layang, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Jenazah Muhammad Zharfan Noramin, 16 tahun dan adiknya Muhammad Syakir Noramin 11 tahun, dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar ham 10.40 pagi.
Rata-rata rakan Allahyarham Muhammad Zhafran menyifatkannya sebagai seorang yang baik selain mudah tersenyum.
Rakan sekelas Allahyarham, Adlyyn Batrisyia Azman, terkilan kerana hasrat Allahyarham untuk memberikan hadiah sempena hari jadinya tidak kesampaian.
Artikel: https://bit.ly/3ZSAb8d
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #NahasKluang #Kluang