Bukit Aman siasat 14 anggota, pegawai sertai pertubuhan haram
DUNGUN - Bukit Aman menahan 12 anggota dan dua pegawainya untuk siasatan dipercayai terlibat dengan aktiviti pertubuhan haram di sini pada Jumaat.
Operasi Op Selendang yang dijalankan itu turut menahan tujuh orang awam.
Difahamkan, pertubuhan kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) itu dipercayai aktif di kalangan anggota terbabit sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, polis turut merampas beberapa buah kenderaan selain pelbagai barang antaranya telefon bimbit, senjata tajam, baju berlogo, borang keahlian, buku akad sumpah dan pelekat.
Tambah sumber, kesemua tangkapan telah direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan terbabit.
"Siasatan masih dijalankan dan satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini," ujarnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!