Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Sedekah' pilihan raya tetap rasuah: Azam Baki

24 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 24 JANUARI 2023

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.

Menurut Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, rasuah tetap rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa dimaksudkan dengan pembelian undi.

Beliau menegaskan bahawa Seksyen 10 (a) mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau wakil bagi pihaknya.

Artikel: https://bit.ly/3R0ROyx

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian