Kilang plastik terbakar

Asap tebal di kawasan kilang yang terbakar. Foto Ihsan Bomba
Asap tebal di kawasan kilang yang terbakar. Foto Ihsan Bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang penyimpanan plastik di Taman Desa Idaman dekat sini terbakar dalam kejadian, petang tadi.

Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kilang tersebut dan asap tebal berwarna hitam jelas kelihatan di kawasan terlibat.

Difahamkan kebakaran tersebut tidak melibatkan bangunan lain susulan keadaan kilang yang terletak jauh daripada bangunan lain.

Sehingga kini, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Baru Kulai, Skudai dan Kulai masih menjalankan operasi memadam kebakaran tersebut.

Bomba masih cuba mengawal kebakaran yang memusnahkan 80 peratus kilang penyimpanan plastik itu, setakat ini. -foto: Ihsan Bomba
Bomba masih cuba mengawal kebakaran yang memusnahkan 80 peratus kilang penyimpanan plastik itu, setakat ini. -foto: Ihsan Bomba

Ketua Operasi dari Balai Bomba Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.54 petang tadi.

"Kebakaran kilang penyimpanan plastik yang siap guna dan guna semula berkeluasan 120 x 200 kaki persegi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran dan anggaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Seramai 21 anggota, lima jentera dan sebuah EMRS terlibat dalam operasi tersebut.

re2
re2

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!