Caj parkir Hospital Selayang ditangguhkan
SELAYANG - Hospital Selayang menangguhkan pelaksanaan sistem parkir berbayar yang bermula awal bulan lalu.
Hospital Selayang menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, sistem tersebut akan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan itu, beberapa perubahan juga akan dilakukan bagi melancarkan aliran trafik pada waktu puncak.
"Palang di lokasi A (pintu utama) akan pindahkan ke lokasi B (bersebelahan kafe) selain aliran trafik di laluan utama juga akan diubah," menurut kenyataan itu.
Ujar kenyataan itu, Hospital Selayang memohon maaf atas kesulitan dihadapi.
Tambah kenyataan itu, sebarang perubahan berhubung perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
28 Disember lalu, Hospital Selayang memaklumkan akan mengenakan caj parkir kenderaan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Pemasangan palang di pintu masuk hospital telah menyebabkan kesesakan dan menimbulkan keluhan orang awam yang beranggapan sistem tersebut tidak praktikal.
Ia susulan isu parkir terhad selain palang tersebut sepatutnya dipasang di kawasan parkir dan bukan di pintu masuk hospital.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!