Pencuri terlelap positif dadah

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang menceroboh di sebuah rumah di Taman Tanjung,Bahau disini pada Isnin bukan sahaja mabuk tetapi turut didapati positif dadah.

Ketua Polis daerah Jempol,Superintendan Hoo Chang Hook berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek berusia 41 tahun itu mendapati dia positif methamphetamine.

"Suspek sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

"Selain itu, dia juga merupakan individu dikehendaki polis bersabit kes dadah," katanya ketika mengesahkan laporan pada Rabu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang warga emas terkejut apabila mendapati seorang lelaki tidak dikenali yang terbaring di ruang tengah rumahnya di Taman Tanjung, Bahau di sini, pagi Isnin rupanya pencuri yang tidak sempat melarikan barang curi kerana terlelap akibat mabuk.

Malah Sin Kong Men, 66, pada awalnya menyangka lelaki itu adalah rakan salah seorang anaknya yang tumpang bermalam, namun anak-anaknya menafikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!