'Keadaan Terminal Sentral Kuantan tidak seperti yang tular'

Pengudaraan di ruang balai menunggu TSK dalam keadaan memuaskan dan sejuk ketika tinjauan dilakukan oleh Sinar Harian. (Gambar kecil dari kiri: Stahia Mohan, Syamsirul Adha, dan Mohd Hafiz)
Pengudaraan di ruang balai menunggu TSK dalam keadaan memuaskan dan sejuk ketika tinjauan dilakukan oleh Sinar Harian. (Gambar kecil dari kiri: Stahia Mohan, Syamsirul Adha, dan Mohd Hafiz)
A
A
A

KUANTAN - Keadaan Terminal Sentral Kuantan (TSK) yang digambarkan oleh seorang pemilik Twitter sebagai hentian bas paling teruk didakwa sebagai tidak tepat.

Dalam tinjauan dilakukan Sinar Harian ke TSK dan beberapa lokasi yang ditularkan pemilik Twitter @yapxiang itu, pengunjung rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di terminal itu.

Malah, pengunjung juga memaklumkan tiada kekurangan dari segi kemudahan papan informasi, alat pendingin hawa, tandas awam serta beberapa kemudahan lain.

Kebanyakan pengunjung yang ditemui memaklumkan semua kemudahan berfungsi dengan baik termasuk sistem pengudaraan dalam ruang balai menunggu yang ternyata sejuk malah tandas tidak berbau busuk dan dalam keadaan bersih.

Sembilan papan informasi terdapat dalam bangunan TSK berfungsi dengan baik.
Sembilan papan informasi terdapat dalam bangunan TSK berfungsi dengan baik.

Terdapat 10 papan infromasi memaparkan jadual pelepasan dan ketibaan bas yang dipasang sekitar terminal itu termasuk di ruangan menunggu.

Pengunjung hanya merungut kadar caj RM1.70 yang dikenakan pihak pengurusan TSK yang dianggap membebankan ketika ini dan palang tandas yang dikatakan tidak praktikal untuk digunakan.

Seorang pengunjung, Syamsirul Adha Che Hasan, 24, berkata, semua kemudahan yang disediakan oleh TSK setakat ini memuaskan.

Bagaimanapun katanya, beberapa perkara perlu ditambah baik pengurusan TSK bagi memastikan keselesaan pengguna.

"Saya tiada masalah dengan kemudahan lain, cuma dua perkara ini perlu diberi perhatian pengurusan TSK. Kalau boleh kadar caj bagi mencetak tiket diturunkan daripada RM1.70 kepada 70 sen.

Pengguna mendakwa palang tandas tidak praktikal untuk dilaksanakan.
Pengguna mendakwa palang tandas tidak praktikal untuk dilaksanakan.

"Selain itu, penggunaan palang di pintu masuk tandas mendatangkan masalah kepada pengunjung apabila duit yang dimasukkan tidak dapat diterima oleh mesin terbabit," katanya yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang.

Pesara kerajaan, Sathia Mohan, 71, menggunakan perkhidmatan bas dengan kekerapan sebulan sekali juga memaklumkan tidak mempunyai masalah dengan kemudahan di TSK.

"Saya cuma hendak komen pasal tandas, susah bagi orang tua untuk guna tandas berpalang ini. Kadang-kadang sangkut hendak masuk.

Tandas dalam keadaan bersih dan tidak berbau serta sentiasa dibersihkan.
Tandas dalam keadaan bersih dan tidak berbau serta sentiasa dibersihkan.



"Kalau boleh buat lah sesuatu (minta pengurusan TSK bertindak) untuk memudahkan semua pengunjung menggunakan tandas awam di sini," katanya.

Sementara itu, Pengurusan TSK, Mohd Hafiz Mohd Talib berkata, tohmahan yang dibuat di media sosial bukan gambaran sebenar keadaan dan pihaknya kecewa dengan sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kita anggap bukan semua yang tular itu betul, kalau rasa tidak puas hati boleh berjumpa (dengan) pengurusan TSK.

"Kalau di sini (ruang balai menunggu) alat pendingin hawa berfungsi dengan baik, kadar (suhu) kita buka pada kadar yang sesuai.

"Sembilan (papan) infromasi juga kita paparkan jadual pelepasan dan ketibaan manakala satu papan layar lagi menyiarkan filem kartun kerana ketika itu waktu cuti sekolah," jelas beliau.

Kerusi rosak disebabkan pengunjung tidur di atasnya dan meletakkan beg lebihan muatan.
Kerusi rosak disebabkan pengunjung tidur di atasnya dan meletakkan beg lebihan muatan.

Beliau berkata, kerosakan kerusi di TSK berpunca daripada sikap penggunjung yang tidak bertanggungjawab.

"Sebanyak 300 kerusi disediakan dan sehingga kini pihak TSK telah menggantikan 25 buah kerusi yang patah dan rosak.

"Kebanyakan kerusi yang rosak disebabkan pengguna tidur dan meletakkan beg lebihan muatan di atasnya," katanya.

Menyentuh kadar caj mencetak tiket, Mohd Hafiz menjelaskan pihak bersedia untuk berbincang dengan pengurusan tertinggi bagi menurunkan kadar tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!