Sila log masuk terlebih dahulu.

Nasib KJ dalam UMNO diketahui Jumaat nanti

25 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 25 JANUARI 2023

Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO bermesyuarat pada Rabu dipercayai membincangkan status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam parti.

Bagaimanapun, sebarang keputusan hasil mesyuarat tertutup itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat.

Sebelum itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan mengenai perkara berkenaan dalam reaksi ringkas hari ini.

Artikel: https://bit.ly/3DdqaZo

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa