Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai dekat Kampung Parit Haji Anuar, Muar pada petang Rabu.- Foto Bomba
Operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai dekat Kampung Parit Haji Anuar, Muar pada petang Rabu.- Foto Bomba
A
A
A

MUAR - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Parit Haji Anuar di sini pada petang Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Johar Tumin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 3.42 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian.

"Terdapat seorang mangsa lemas ketika melakukan aktiviti mandi di sungai bersama dua rakannya.

"Anggota bomba mencari mangsa menggunakan bot milik orang awam. Selain itu dua anggota dari unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membuat selaman di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi pencarian masih beroperasi bagi mengesan mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!