PRU15 paling korup: TPM cabar pihak bawa ke mahkamah

Fadillah bersama Timbalannya, Datuk Siti Aminah Aching pada sesi sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu, di kementeriannya di sini pada Khamis.
Fadillah bersama Timbalannya, Datuk Siti Aminah Aching pada sesi sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu, di kementeriannya di sini pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pihak yang mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu sebagai paling korup perlu membawa isu tersebut ke mahkamah.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mahkamah merupakan tempat sesuai bagi memutuskan dakwaan tersebut.

"Sesiapa yang tidak puas hati, buktikan (keputusan) pilihan raya itu patut di batalkan disebabkan wujud amalan rasuah," katanya menerusi sidang akhbar di kementeriannya, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan tanpa kemukakan sebarang bukti.

"Kalau sekadar cakap, saya kira ramai yang boleh cakap," katanya.

Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) berkata, terdapat agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara itu.

"Biarlah agensi laksana tugas dan peranan mereka. Kalau terbukti, mereka boleh failkan di mahkamah," katanya.

Pada Rabu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dakwaan tersebut menerusi hantaran di laman sosialnya.

Dakwanya pada PRU15 lalu, rasuah diberikan secara terbuka dan ramai yang menerimanya sebelum mengundi.

Terdapat bukti lain mengenainya semasa pilihan raya yang berlaku tanpa halangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!