Tina Arena Beauty bantu ibu tunggal peroleh pendapatan lebih lima angka

A
A
A

Tina bersama kakitangan dan keluarga yang banyak membantu dalam kejayaannya.
Tina bersama kakitangan dan keluarga yang banyak membantu dalam kejayaannya.

KOTA BHARU - Menjadikan ibu sebagai sumber inspirasi, Siti Nurul Atina Suhaimi, 33, kini mampu berbangga dengan kejayaannya melahirkan ramai tukang jahit dan ejen yang berpendapatan mencecah enam angka.

Pemilik jenama Tina Arena Beauty itu mengangkat ibu tunggal sebagai fi gura yang perlu dibantu untuk meneruskan hidup.

Lebih mesra disapa Tina, wanita ini memulakan perniagaan tudung sauk Arena awal tahun 2019 dengan hanya menjahit sendiri dan berkongsi di Facebook.

“Hasilnya, dalam tempoh seminggu, ramai rakan dan keluarga terdekat mula menempah kerana reka bentuk yang cantik dan warna menarik,” katanya.

Beliau ditemui selepas program Tina Arena Beauty Dinner Appreciation Night di Hotel The Grand Renai di sini Jumaat lalu.

Tina bersama Nik Akhbar ketika makan malam menghargai kakitangan mereka sempena Tina Arena Beauty Dinner Appreciation Night.
Tina bersama Nik Akhbar ketika makan malam menghargai kakitangan mereka sempena Tina Arena Beauty Dinner Appreciation Night.



Majlis bertujuan meraikan lebih 300 individu yang membawa kejayaannya termasuk keluarga, tukang jahit dan kakitangan syarikatnya.

Anak sulung lima beradik itu mengenali ramai tukang jahit kerana ibunya, Wan Nuriah Wan Hassan, 58, yang dipanggil mama merupakan seorang tukang jahit di kampungnya di Tumpat, Kelantan.

Berpegang kepada prinsip, ‘buat saja, jangan menoleh ke belakang’, Tina kemudian meneruskan jualan tudung walaupun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 pada Mac 2020.

“Saya masih boleh meneruskan perniagaan kerana ramai yang membeli melalui dalam talian selain strategi mengupah tukang jahit.

“Saya tidak menyusahkan mereka kerana boleh menjahit dari rumah. Pendekatan ini menguntungkan tukang jahit kerana yang mempunyai anak kecil tidak perlu meninggalkan rumah,” katanya.

Tina menyediakan van dan pemandu untuk mengambil tudung yang dijahit dalam tiga kali seminggu di rumah tukang jahitnya.

Tina bersama keluarga yang banyak memberi sokongan.
Tina bersama keluarga yang banyak memberi sokongan.



Pada permulaan menjahit, Tina memberitahu, hanya membeli beberapa meter sahaja sebagai percubaan dan dua tahun kemudian mampu membeli kain dengan nilai RM250,000 untuk 1,500 atau 2,000 kayu kain.

Tina bersyukur menerima maklum balas positif daripada ejen yang berpuas hati kerana mereka juga mampu mengubah hidup termasuk membina rumah dan memiliki kenderaan sendiri.

“Paling ketara ialah ramai tukang jahit yang boleh menambah pendapatan. Mereka perlu diraikan kerana banyak menghabiskan masa sehingga tidur beralas lengan di mesin jahit,” katanya.

Tambah Tina, kebanyakan mereka ialah ibu tunggal yang sukar membesarkan anak-anak sendirian dan memerlukan perbelanjaan setiap hari.

“Saya tahu sebab mama juga ibu tunggal. Lagipun saya percaya jika kita mudahkan urusan orang lain, insya-ALLAH rezeki semakin bertambah,” katanya.

Tina juga bertuah kerana memiliki keluarga penyayang dan suami, Nik Akhbar Asyraf Nik Mustafa, 33, yang sanggup berhenti kerja untuk menjadi sebahagian dalam perniagaannya.

Ibu kepada tiga berusia setahun hingga 10 tahun i t u mengakui kesukaran dalam hidup menyebabkan dia berusaha keras sehingga dapat mengupah 28 tukang jahit.

“Apabila keadaan memaksa, mahu tidak mahu saya perlu meneruskan usaha. Saya pernah makan gaji tetapi setiap bulan tidak mencukupi untuk membeli lampin pakai buang anak dan keperluan lain.

“Proses untuk berjaya mengambil masa lama dan saya sendiri berusaha berniaga bermula tahun 2012,” katanya yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus perniagaan.

Miliki bangunan sendiri

Aida (dua dari kiri) menerima anugerah Top Tailor sempena Tina Arena Beauty Dinner Appreciation Night di Hotel The Grand Renai.
Aida (dua dari kiri) menerima anugerah Top Tailor sempena Tina Arena Beauty Dinner Appreciation Night di Hotel The Grand Renai.



Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang itu teruja untuk berdiri di hadapan bangunan Wisma Tina Beauty bernilai lebih RM1 juta yang dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.

Kata beliau, impian lima tahun akan datang ialah menambah jumlah tukang jahit di rumah selain mempunyai kilang tudung sendiri.

“Saya mahu membantu lebih ramai ibu tunggal dan dahulukan ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, tukang jahit profesional Sauk Arena, Aida Che Harun, 52, yang sudah bersama Tina sejak tiga tahun lalu bersyukur kerana dapat mengubah kehidupannya.

Aida yang juga ibu tunggal sebelum ini hanya mengambil tempahan menjahit baju dengan pendapatan bulanan tidak seberapa.

“Bagaimanapun, saya kini sudah memberi sepenuh perhatian menjahit tudung sauk kerana tidak menang tangan dengan tempahan,” katanya.

Aida berkata, pendapatan bulanannya kini mencecah lima angka dan dia bertambah mahir serta boleh menjahit sehingga 135 helai tudung sehari.

Wakil jualan tudung sauk Arena yang juga jururawat Azra Fadila Aziz, 40, mengakui produk tudung sauk Arena membantunya menambah pendapatan.

AZRA FADILA
AZRA FADILA



Ibu kepada empat anak berusia 5 hingga 18 tahun itu berkata, pendapatan hasil menjual tudung mampu membina rumah dan menambah aset.

Nur Azawani Mat Alwi, 35, akui gembira kerana jualan hasil tudung sauknya meningkat setiap tahun sehingga dia mengambil keputusan berhenti kerja.

NUR AZAWANI
NUR AZAWANI



Dia yang pernah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai kasut di Kuala Terengganu kini memperoleh pendapatan lima angka.

“Saya cuba untuk tidak membelanjakan wang gaji selama tiga bulan ketika mula menjual tudung dan berhenti kerja kerana yakin ini pendapatan utama saya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!