Bas henti-henti terbakar

Bas terbakar dalam kejadian di Padang Sembilan, Pahi, hari ini.
Bas terbakar dalam kejadian di Padang Sembilan, Pahi, hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Pemandu serta lima penumpang berdepan detik cemas apabila bas henti-henti terbakar berhampiran Maahad Rahmaniah, Padang Sembilan, hari ini.

Kejadian kira- kira jam 3 petang dipercayai berpunca daripada bahagian enjin disedari seorang pengguna jalan raya yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pemandu bas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 petang.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan kita mengambil masa 12 minit memadamkan kebakaran.

"Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!