Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor hingga Isnin

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 30 Januari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan berterusan dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang serta Pasir Puteh.

“Sementara itu, negeri Pahang pula melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Isnin,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 30 Januari ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 30 Januari ini.

Menurutnya, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran hujan berterusan (buruk) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

“Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!