Arul Kumar dilantik Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan
SEREMBAN - [KEMAS KINI] Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar akan dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Anthony dalam kenyataan media di Facebooknya berkata, pelantikan Arul Kumar dipersetujui oleh Perdana Menteri dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan di Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.
"Arul Kumar merupakan ADUN Nilai sejak bulan Mei 2013 dan beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan sejak tahun 2018.
"Untuk memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Exco Negeri Sembilan berkuat kuasa pada hari ini," katanya.
Jelasnya, kekosongan jawatan Exco Nilai akan diisi selepas perbincangan lanjut dengan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!