Remaja maut tertimbus

Mayat mangsa di hantar ke klinik sebelum ke Hospital Kuala Krai.
Mayat mangsa di hantar ke klinik sebelum ke Hospital Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati tertimbus ketika menyedut pasir untuk mendulang emas di Kampung Biak, Dabong kira-kira jam 6 petang tadi.

Mangsa dikatakan ke tempat kejadian selepas Zuhur bersama bapanya, 46.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, tidak lama kemudian ketika mereka berada di sana, mangsa didapati tertimbus.

"Bapa mangsa yang menyedari kemudiannya mencari anaknya, namun gagal.

"Kejadian kemudiannya dimaklumkan kepada penduduk serta polis.

"Mayat mangsa ditemui oleh bapa mangsa serta penduduk sekitar jam 6 petang," katanya.

Wan Fauzi berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!