Mayat lelaki hilang ketika mandi sungai ditemui

Anggota bomba menguruskan mayat lelaki yang ditemui lemas di sungai berkenaan.
Anggota bomba menguruskan mayat lelaki yang ditemui lemas di sungai berkenaan.
A
A
A

MUAR - Polis mengesahkan telah menemui mayat seorang lelaki warga tempatan yang hilang dihanyutkan arus deras ketika terjun untuk mandi di Sungai Parit Haji Anuar Batu 18, Ayer Hitam, Bakri di sini, pada pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mayat lelaki warga tempatan berusia 19 tahun itu ditemui dalam lingkungan 10 kilometer (km) ke hilir sungai berkenaan.

“Ketika ditemui, mayat berkenaan dalam keadaan terapung dan terus di bawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kita klasifikasikan sebagai mati mengejut atau (sudden death) klasifikasikan sebagai mati mengejut (sudden death),” katanya.

Untuk rekod, mayat lelaki berkenaan ditemui pada hari ketiga sejak dilaporkan hilang sejak Rabu.

Mangsa dan dua lagi rakannya dikatakan telah terjun ke dalam sungai berkenaan, namun, tangan mangsa kemudian dilihat tergapai-gapai meminta bantuan setelah terjun ke dalam sungai berkenaan.

Biarpun cuba dibantu dua lagi rakannya, namun mangsa gagal diselamatkan kerana arus sungai terlalu deras.

Susulan insiden berkenaan satu Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah dibuka di lokasi kejadian bagi mencari mangsa yang dipercayai lemas.

Usaha pencarian mangsa turut dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Muar, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Muar) dan Pejabat Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Muar.

Sementara itu polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil risiko terutmaanya melibatkan aktiviti mandi di kawasan perairan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!