Angka korban ribut tropika Cheneso meningkat 16 orang
ANTANANARIVO - Angka kematian akibat ribut tropika Cheneso yang melanda Madagascar meningkat kepada 16 nyawa manakala 19 orang masih hilang, menurut laporan Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Negara (BNGRC) pada Khamis.
Seramai 55,421 orang dilaporkan terjejas di 15 wilayah dan 13,356 rumah ditenggelami air manakala 500 kediaman musnah, menurut BNGRC.
Cheneso membadai pantai timur laut negara itu pada 19 Januari dan kini menuju barat daya pada kelajuan 7 km/j dan akan bergerak lebih 130 km dua hari akan datang.
Amaran kuning dikekalkan di kawasan selatan dan barat daya negara; dan hujan 40 mm hingga 80 mm dijangka berterusan dalam tempoh 24 jam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!