Klopp tuntut Liverpool lebih berdisiplin berdepan Brighton

Jurgen Klopp - Foto EPA
Jurgen Klopp - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meminta pemainnya, terutama bahagian pertahanan untuk lebih berdisiplin ketika The Reds bersiap sedia menentang Brighton & Hove Albion dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA, pada Ahad.

Ingatan itu hadir selepas kelab Merseyside tersebut terpalit dengan kekalahan memalukan, 0-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada lawan yang sama.

Anak buah Klopp yang tampil dengan status penyandang juara sebelum itu menewaskan Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan ulangan untuk mengatur pertembungan di Brighton, telah meledak tiga gol mengatasi kelab tersebut dalam kedua-dua pertemuan liga musim ini.

Awal bulan ini, Klopp berkata, kekalahan liga Liverpool kepada Brighton adalah prestasi terburuk sepanjang berada di kelab itu, dan apabila ditanya apa yang mereka boleh ubah dalam perlawanan Ahad, dia memberitahu wartawan: "Semuanya.

"Saya fikir kami telah menunjukkan pasukan ini benar-benar mahu melaluinya. Kami sentiasa mahu menjadi lebih baik dan itulah yang akan kami lakukan. Dan Brighton pula berada dalam detik yang sangat baik.

"Separuh masa pertama menentang Chelsea, kami sangat berdisiplin dan kami tidak memberi mereka banyak. Kami perlu melakukannya sekali lagi menentang Brighton," ujar Klopp.

Sejak kekalahan kepada Brighton, Liverpool mengekalkan rekod bersih berturut-turut menentang Wolves dan Chelsea.

Klopp memilih untuk memainkan tiga bahagian tengah iaitu Naby Keita, Thiago Alcantara dan Stefan Bajcetic menentang kedua-dua Wolves dan Chelsea, dan bos Liverpool itu berkata, mendapatkan kombinasi bahagian tengah yang betul adalah penting menentang Brighton.

"Kami mempunyai enam atau tujuh pemain tengah dalam keadaan terbaik yang merupakan situasi yang sempurna tetapi hanya tiga boleh beraksi. Anda tidak boleh melakukan kesilapan dengan barisan pemain.

"Menentang Brighton adalah sangat penting bagaimana kami mempertahankan barisan pertama. Penjaga gol perlu benar-benar tenang, mereka hanya menghantar bola jika tiga pemain depan tidak beraksi dengan baik. Semua ini berkait mengenai cara kami bertahan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!