Polis Sabah sahkan tangkapan lapan pegawai, anggota PDRM
KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan lapan pegawai dan anggotanya ditahan dipercayai boleh membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, lapan yang ditahan itu terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat lagi pegawai rendah polis.
"Kesemua tangkapan direman berkuat kuasa selama tujuh hari. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Pasukan siasatan Khas dari Bukit Aman dan PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ia masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan.
"Pihak media juga dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat peribadi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, kes masih dalam peringkat siasatan ketika ini.
"Sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!