Si comel miliki rambut unik!
PERTH - AUSTRALIA. Seorang bayi berusia empat bulan menjadi popular apabila dikatakan memiliki rambut luar biasa.
Ibunya, Tara Simich, sering memuat naik gambar anak lelakinya Boston di Instagram Tarasimich hingga mengelirukan netizen yang menyangka si kecil itu memakai rambut palsu.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal Tara dan memberitahu anak bongsunya itu memiliki rambut semula jadi.
Bayi comel dilahirkan pada 4 Disember, Boston berasal dari Perth Australia dikatakan memiliki rambut tebal mengikut rambut bapanya.
Pada bulan-bulan berikutnya, rambut Boston terus tumbuh menebal.
Apabila Boston menjadi tular, rambutnya telah menjadi inspirasi ramai orang di media sosial.
Tara yang menjalankan program kecergasan juga mendedahkan bahawa Boston memiliki rambut yang unik.
“Kebanyakan orang terkejut kerana dia sangat kecil, mereka tidak boleh percaya rambutnya itu kerana bayi berusia empat bulan tidak memiliki rambut selebatnya,” kata Tara.
Kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baharu yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat.
Namun terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut selepas dicukur dan ia mungkin menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Tetapi tidak bagi Boston kerana rambutnya sangat menakjubkan, hingga ramai bertanya kepadanya apa produk rambut yang dia gunakan pada si comel itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!