Jurutera rugi RM38,610 angkara tawaran kerja tidak wujud

Mangsa tertarik dengan peluang kerja sambilan itu selepas menerima tawaran melalui aplikasi Whatsapp. Gambar kecil: Ramli Mohamed Yoosuf
Mangsa tertarik dengan peluang kerja sambilan itu selepas menerima tawaran melalui aplikasi Whatsapp. Gambar kecil: Ramli Mohamed Yoosuf
A
A
A

KUANTAN - Bayaran komisen RM200 untuk 30 minit pertama bagi setiap pelaburan RM1,000 mendorong seorang jurutera menyertai tawaran kerja sambilan dalam pelaburan Bitcoin.

Teruja dengan pulangan lumayan itu, lelaki berusia 28 tahun itu nekad membuat bayaran berjumlah RM38, 610 melalui lima transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank berasingan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa tertarik dengan peluang kerja sambilan itu selepas menerima tawaran melalui aplikasi Whatsapp pada 17 Januari lalu.

"Selepas bayaran dibuat, mangsa menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis di sebuah balai polis di Bera pada Jumaat," katanya.

Ramli berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

"Mereka juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat pelaburan yang tepat bagi mengelak ditipu.

"Buat semakan nombor telefon dan akaun yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!