1,389 kemalangan hari terakhir Op Selamat 19

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,389 kemalangan dicatatkan di seluruh negara menjelang hari ke-10 pelaksanaan Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina 2023 pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,711 kenderaan pelbagai jenis yang terlibat di mana kereta mencatatkan jumlah tertinggi.

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 1,140 buah atau 66.62 peratus dari jumlah keseluruhan.

"Selain itu, pacuan empat roda terlibat kemalangan sebanyak 211 buah, lori (86), van (15), bas (tujuh), dan sebuah basikal serta traktor," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah Mat Kasim, JSPT menasihatkan agar semua pengguna jalan raya untuk kekal berhati-hati dan berhemah agar risiko kemalangan dapat dielakkan.

Op Selamat 19 ini akan berjalan selama 10 hari mulai 18 sehingga 27 Januari 2023 secara serentak di seluruh negara.

Pada 13 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Pelancaran Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka (arah selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).