Zul Huzaimy tawar RX-Z Catalyzer RM43,000 hadiah cabutan bertuah

Zul Huzaimy (kanan) dan Murtadhatumizi Mustapha bergambar dengan Yahama RXZ Catalyzer.
Zul Huzaimy (kanan) dan Murtadhatumizi Mustapha bergambar dengan Yahama RXZ Catalyzer.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Artis popular, Zul Huzaimy menaja koleksi peribadi motosikal jenis Yahama RXZ Catalyzer bernilai RM43,000 pada cabutan bertuah pembelian pembeli baju Melayu sebuah jenama sempena perayaan Aidilfitri.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Spark dalam filem Remp-It berkata, motosikal dianggap ‘vintage’ itu dibeli daripada seorang pempengaruh seminggu lalu dan akan diberikan kepada pembeli bertuah yang berjaya dalam cabutan utama itu.

“Saya sendiri adalah peminat sukan pemotoran dan RXZ antaranya menjadi koleksi kegemaran yang dikumpul.

“Motosikal ini baru dibeli seminggu lalu dan saya berniat untuk diberikan khas buat pembeli sebagai hadiah paling istimewa,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran baju Melayu di sebuah kompleks beli-belah di sini pada Sabtu.

Dia sebelum itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Intan Berlian berjumlah RM10,000 kepada lima rumah anak yatim di negeri ini.

Penyelia Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Insan Kelantan, Hafizuddin Hamzah (tengah) menerima sumbangan tunai RM2,000.
Penyelia Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Insan Kelantan, Hafizuddin Hamzah (tengah) menerima sumbangan tunai RM2,000.

Zul Huzaimy berkata, motosikal keluaran tahun 2009 itu dijadikan hadiah kepada pembeli untuk menarik kalangan peminat motosikal membeli baju Melayu tersebut.

“Motosikal RXZ ini semakin diminati dan populariti semakin meningkat dalam kalangan belia.

“Hasrat kita mahukan hubungan peminat-peminat motosikal ini lebih erat dan tidak terbabit dalam gejala yang negatif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, beliau sedang merangka jelajah konvoi bermotosikal, Bike Fest Borneo bersama para peminat motosikal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!