Dua pesawat IAF terhempas, seorang juruterbang maut

Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu. - Foto HT
Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu. - Foto HT
A
A
A

NEW DELHI - Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu, dan mengorbankan seorang juruterbangnya.

Nahas berlaku di daerah Morena melibatkan pesawat Sukhoi-30 dan Mirage-2000, menurut ciapan ketua menteri Shivraj Singh Chouhan di Twitter.

"Saya telah mengarahkan kerajaan tempatan untuk bekerjasama dengan Tentera Udara dalam operasi menyelamat dan bantuan segera," kata Chouhan.

Dua pesawat pejuang IAF yang terhempas berhampiran Gwalior itu sedang menjalankan operasi latihan penerbangan rutin, menurut tentera udara.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!