Amerika Syarikat dipilih penganjur Copa America 2024

Argentina memenangi kejohanan Copa America pada 2021.
Argentina memenangi kejohanan Copa America pada 2021.
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengesahkan Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai penganjur Copa America 2024 yang turut akan dianjurkan menggunakan format baharu.

Ecuador sepatutnya menjadi tuan rumah pada tahun hadapan tetapi menarik diri pada November berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan infrastruktur.

AS pernah bertindak sebagai penganjur kejohanan itu pada 2016 bagi edisi sedekad dan ia satu-satunya kejohanan yang pernah diadakan di luar Amerika Selatan.

Edisi 2024 akan menampilkan 10 pasukan biasa dari Amerika Selatan, ditambah enam dari Amerika Utara, Tengah dan Caribbean.

Bagaimanapun, AS yang turut akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 di samping Mexico dan Kanada tidak diberi tempat automatik dalam Copa America.

Argentina memenangi kejohanan tersebut pada 2021 selepas menewaskan tuan rumah, Brazil 1-0 di Maracana yang diadakan dalam stadium kosong susulan kekangan penularan Covid-19.