Sekurang-kurangnya 2 maut, 122 cedera akibat gempa bumi di Iran

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

TEHRAN - Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 122 lagi cedera akibat gempa bumi melanda wilayah barat laut Iran, kata jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi.

Gempa berukuran 5.9 pada skala Richter itu dilaporkan berlaku sekitar 9.44 malam waktu tempatan pada kedalaman tujuh kilometer (4.34 batu), dengan pusat gempa berhampiran Khoy, lapor Agensi Anadolu.

Gempa itu turut dirasai di beberapa bandar termasuk ibu kota wilayah dan bandar terbesar Urmia.

Beberapa gegaran susulan turut direkodkan.

Gabenor Khoy, Zabihullah Kazemi memberitahu agensi berita negeri bahawa 15 pasukan telah dihantar ke kawasan terjejas untuk menilai tahap kerosakan dan memberikan bantuan.

Wilayah itu dikejutkan dengan gegaran berukuran 5.4 pada skala Richter awal bulan ini dan menyebabkan kerosakan harta benda. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!