AC Milan masih miliki aura

Pioli - Foto AFP
Pioli - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli mengakui bertanggungjawab ke atas prestasi kelab tersebut baru-baru ini, namun percaya gergasi Serie A itu mampu mengubah nasib berdasarkan kekuatan pasukan ketika ini.

Anak buah Pioli gagal menang dalam lima perlawanan terakhir semua pertandingan baru-baru ini, selain mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan akhir Piala Super Itali dan tersingkir daripada Coppa Italia.

“Saya mengenali para pemain kelab ini dengan baik, jika mereka melakukan banyak kesilapan, saya orang pertama yang bertanggungjawab. Saya telah cuba menjadi lebih jelas, ringkas dan terus untuk bekerja dengan lebih baik.

“Ya, kami memiliki sumber pasukan mencukupi untuk mengatasi tempoh ini... kami sedang memulihkan pemain yang cedera, dan kami gembira seperti ini,” katanya.

Pada masa sama Pirlo percaya para pemain Milan mengambil iktibar daripada perlawanan sebelum ini.

“Kami perlu menjadi pasukan yang sedar diri dan padu. Kami gembira kerana masih dapat bermain dalam baki perlawanan.

“Pasukan perlukan raih keputusan positif sekarang untuk mendapatkan semula semangat para pemain kerana bercakap banyak pun tidak berguna,” kata Pioli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!