Hampir sejuta saksikan pameran awam KSSA

Pameran pembangunan semula KSSA berlangsung di SACC Mall Shah Alam sehingga 10 Februari. - Twitter Amirudin Shari
Pameran pembangunan semula KSSA berlangsung di SACC Mall Shah Alam sehingga 10 Februari. - Twitter Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Pameran dan pandangan awam mengenai pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjaya menarik hampir sejuta perhatian hanya dalam tempoh dua hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 200 individu hadir secara fizikal bagi melihat sendiri reka bentuk awal KSSA yang dipamer di pusat beli-belah SACC Mall di Shah Alam.

Menurut Amirudin, selain itu, pameran terbabit turut meraih 424,648 capaian di laman sosial Twitter, TikTok (303,427), dan Facebook (82, 747) serta di Instagram (42, 400) setakat ini.

“Dalam (tempoh) dua hari sesi pameran dan pandangan awam pembinaan stadium baharu Shah Alam telah menarik hampir satu juta perhatian dan pameran fizikal ini akan berlangsung hingga 10 Februari,” ciapnya di laman Twitternya pada Ahad.

Tangkap layar Twitter Amirudin pada Ahad
Tangkap layar Twitter Amirudin pada Ahad

Dalam pada itu, media sebelum ini melaporkan pameran awam pembangunan semula KSSA diadakan bagi memberi peluang orang awam menilai pembinaan projek yang melibatkan belanja sebanyak RM787 juta.

Pada 5 Januari lalu, Amirudin turut memaklumkan bahawa pembangunan semula KSSA termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!