Kerani maut, motosikal bertembung treler

Seorang kerani maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong, Kuala Krai pada Ahad.
Seorang kerani maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong, Kuala Krai pada Ahad.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang kerani maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Lai Chen Meng, 41, yang tinggal di Tanah Merah maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian treler jenis Volvo yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 36 tahun dari arah Kilang Seng Hing Rubber menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor.

"Setiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa muncul dari arah bertentangan secara mengejut.

"Motosikal itu telah masuk ke laluan treler lalu bertembung dengan kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa yang memakai topi keledar mengalami cedera parah di bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi.

Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ismail Petra untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Suzaimi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!