Miri catat IPU tidak sihat pagi ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MIRI - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya Miri merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 188 pada 5 pagi tadi.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan trend peningkatan bacaan IPU di bandar raya ini sejak malam tadi iaitu 117 pada 8 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, punca IPU mencatat bacaan tidak sihat adalah kerana faktor angin yang membawa jerebu ke Miri manakala asap daripada pembakaran terbuka di Kuala Baram masih ada di kawasan tepi jalan.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram, kawasan yang teruk mengalami kebakaran belukar, ladang serta tanah gambut dapat dikawal dengan catatan bacaan sederhana iaitu 56 pada 6 pagi tadi.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!