‘Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO’ - KJ

Gambar Khairy swafoto bersama Shahril dalam siaran di Instagram rasmi miliknya pada Ahad.
Gambar Khairy swafoto bersama Shahril dalam siaran di Instagram rasmi miliknya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang seterusnya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.

“Lelaki ini (Shahril) sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO seterusnya. Tetapi dia digantung kerja tanpa proses yang sewajarnya. Tanpa faedah,” katanya dalam siaran di Instagramnya pada Ahad.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsikan gambar beliau swafoto bersama Shahril dalam hantaran yang sama.

Selain Shahril, turut digantung untuk tempoh sama ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

UMNO pada Jumaat turut memecat Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!